Total Patients In Ward

Daisypath cik Misi and blog Awesome

Daisypath Friendship tickers

May 05, 2013

Randomness.

I'm dying.


*Tarik lappy. Termenung. Haih..~ breath in, lepas. Strecthing fingers, fake smile then start typing*


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Hello bloggieee :) Ouh well, nampak gaya lammaaaaaaaaaaaaaaa dah tak update belog. SORRY SANGAT T__T. Too many works and memang aku busy yang amat tahap gaban punya. Bayangkan kan laa. Acano laa aku nak curi masa hadap lappy nih. Before exam mid sem, aku dah habiskan tenaga dekat ward, kerja shift malam pulak tuh. Then habis mid sem hari tuh pergi pulak semakkan diri dekat klinik yang mana area felda and yes, saaaannggaaat kecik as community posting. Kau bayangkan, aku kerja ikut office hour which is start dari pukul 8 sampai 5 petang. Balik kerja terus golek atas katil. Yeah, even klinik aku tak laa ramai nau patients, but still rasa penat sebab BOSAN. 


Tapi yang bestnya, kerja klinik boleh buat aku yang meroyan sangat nak kawen padahal takdak calon nih rancang masa depan ! Ah haaa ayat tak boleh blah kan :3 Rancang macam mana tuh takde kerja laa aku nak bagitahu. Kalau dekat klinik tuh kitorang yang sem 4 nih kerja bahagian Ibu dan Anak. *So boleh agak laa kan konon konon masa depan apa aku rancangkan >.< * Experiences yang sangat best sebab dapat belajar sikit sikit on how nak jaga ibu yang perinatal and postnatal. Tahu tak apa benda tuh ? Jangan kau angguk jer baca tapi tak tahu menda. Hahaha. Means ibu mengandung and after bersalin :) And of courseeee, sebut pasal postnatal, ada baby laa kan ? Ya ampun ya ampun, aku punya terkinja kalau ada baby yang datang, mengalahkan budak-budak zaman sekarang yang dapat main IPad ! Ehh, terrrrmention benda lain :3 Siapa punya anak datang, habis aku ambek buat macam anak sendiri. *nampak tak skang syndrome gatal nak kawen aku tuh ?*  Alahai, tak normal laa aku kalau takda gelenyar macam tuh kan ? Muahahaha :D
Ada dah aura tuh. Ada dah !!


Perfect 5 hot nurses~ Muahahaha.

Amboi cik Temah. Kau bab kawen, baby ke apa lajuuu jer. Heeeeeee. I admit it. Aku memang suka kalau bab baby or budak budak and kawen...? Boleylaaaa sikit-sikit~ Bukan apa, benda tuh kita akan rasa kan ? So, dia macam tak sabar nak tempuh alam tuh. HAHAHA ==' *tutup muka*  
Stop dah ngepek pasal nih. And nowww, after meroyan pasal baby, kawen etc etc, aku sekarang meroyan pasal FINAL EXAM pulak. Amaiigaaddd ! Nasib baik laa kolej bagi seminggu untuk revision weeks. Kalau tak tataw laa nak jadi apa wehh. Tapi sama jah aku rasa. Time kat kelas bukan dok study sangat. Sibuk laa heyy nak pot pet dengan gegurls. Lama tak jumpa katakannn. Cakap pasal apa ? Crush, hang out ke mana, kat mana beli benda tuh nih, blablabla. Plus, dan-dan pulak time tengah hot pasal Gwiyomi, memasing mula laa buat aksi konon konon comey kat kelas. Haaa nih termasuk laa oden :3 Pasang kat lappy, haa hambek sorang-sorang tunjuk gaya kau cepat ! Tengok laa sampai taruh lagu Gwiyomi kat belog. Tapi seriously, lama lama rasa annoying pulak. *thinking of what song aku nak letak after this* 


Eh eh. Me wif kakak :)


Then, bila kat kelas dah main-main, mula laa gelabah ayam kat bilik nak study tuh nih. Tak tentu arah dibuatnya. Buku sana sini atas katil kalut nak study. Atas meja study takyah nak kira laa. Dengan gula-gula lebih 10 biji kat tepi untuk SATU malam. Nasib laa study weeks sekejap. Kalau sebulan ? Tak ke aku nanti boleh kena kencing manis ? Pastuh soal tidur. Tahu tak mata aku nih dah sama level dengan panda ? Ya Allah hai, takut sangat tengok mata. Eye bagnya, sembamnya. Konon konon laa kan beli timun dengan Bella nak letak kat mata. Eye spa. Tapi sekali tak pernah buat. Alasan : Dok dang nak buat.


So, untuk exam kali nih memang laa orang kata paper paling heaven. Maksudnya paling relax and senang. Eh tak jugak okey. Aku rasa bahang study dia sama macam sem sebelum nih. Stress dia, dengan otak tepunya, sama jer semua. Okeylaa, yang buat senang sebabnya ada paper community health nursing tuh. TAPI, apa kau ingat tak pening otak aku nak baca ? Bab penyakit berjangkit, family planning, boleh lagi. Nih yang tanya fakta bagai pasal matlamat, objektif, memang tak laa kan aku nak hafal. Ace kau. Kau hafal ke matlamat sekolah kau ? Yang panjang lebar tapi tak semuanya ada kat sekolah kau ? Haaa cerita lain kang jadinyaaaa. Tapi aku, kena hafal semua tuh. Bukan aku soranglaa, kawan-kawan aku sekali laa. Kalau dekat Medical and Surgical Nursing toksah cakap. Siap nak bagi ingat punya pasal, kawan kat twitter ngadu selera makan naik tapi weight loss apa semua, aku boleh tibai cakap dia kena Hyperthyroidism ! Haa tak ke gelabah budak tuh ? Aku pon dok ngepek kat dia manifestasi bagai. Ahahahaha. Kesian dia. Eh tak, tak. Lepas tuh aku cakap laa aku main-main jer. Gila apa. Kang naya nama aku naik kat KKM : "Student nurse salah gunakan ilmu yang diberi membuatkan kacau bilau kehidupan seorang gadis".Takyah sebok nak ngepek panjang-panjang dah laa, nih jadual exam aku. Dah start satu paper pun Jumaat lepas.





Semua petang. Time otak tengah nak relax, time tuh exam. Takpe, insyaAllah segala apa yang kitorang dah usaha dapat hasil yang setimpal :) And korang, tolong doakan ye moga aku and gegurls aku lulus dengan cemerlang dalam final exam kali nih ! Paper Medical Jumaat lepas dah cukup buat jantung aku gugur, harap paper lepas nih okey. So, good luck lah kat gegurls aku  okey ! Tak lupa jugak kat korang if ada yang amek exam. Jangan stress, jangan over sangat study. Biar laa struggle dengan berhemah. Jangan sampai tak tidur ke apa taw. Doa banyak-banyak biar apa yang kita study masuk ke otak. Before start exam, call parents okey untuk dapat keberkatan. And paling penting, kesihatan diri jaga ! Makan tetap makan *kalau aku overdose makan* Heeeee. Yakin dengan diri, Allah akan bantu kita :) 






p/s : After final exam nak get ready for dinner pulak. Will coming up wif the story okey !





Okeyla. Sayang korang, assalamualaikum...!

February 24, 2013

Busy Life.




Iklan :D


Hello fellas :) Rindu kiteww tak ? Ngeeeee :D Lamenye tak ngepek dalam belog sakai aku nih. Sorry guys for my late updating this blog. I'm too busy with my works here. Padahal gaya takde laa serupa macam YDP ke or macam Kemar si SU tiptop tuh. HAHA. *jangan marah shayanggg ;)* Tapi siyes, aku rasa macam ade satu batu besauuu atas bahu aku nih yang aku tanggung. Kadang-kadang sampai tak tahu nak buat yang mana satu dulu. Yang peliknya, body weight aku tak menjunam jatuh jugak. Haaa nampak tak dia punya stress kat situ. *kononkonon* 


By the way, aku just nak bagi short story pasal every event yang kolej aku dah buat. Nak cerita panjang-panjang kekgi panjang lebar pulak entry. Tak kuasa aku nak taip memanjang. *ye dop nih ? haha* Okey okey, aku try dehh nak buat pendek-pendek. Yela, aku nih kalau dah dok ngepek, memang tak ingat langsung nak bagi orang lain peluang nak cakap -___- HAHAHA. Sampai cerita tuh takat dari Johor-KL, aku dah cerita habes ke Perlis. Nampak kan kat situ dia punya gebang bercerita tuh ? Eheeee :D Haa dah-dah start dah ngepek tuh ==' Let's begin with :

#1 DINNER GLAMOUROUS FASHIONISTA 

Venue : Hotel Sri Manja, Kuantan
Date : Lupa =..=
Zalikha, me and Bella :)


super senior si kepeng tiang api Nolie Azeez. 
*My sakai and lovely sis :)*


Gegurls. Besties. Sayangss. Fara, Bella, Kak Emy and Zalikha.


Konon klasik. HAHA.


Tak ketinggalan si budak tembam nih, me myself !




#2 MAJLIS PERPISAHAN PUAN AFRAH

Venue : Auditorium Kolej


Tok ketua kelas, Nabilah and our superb mommy to be, Puan Afrah :)


JP Julai 2011. Awesome !


Lecturers.


Ah haa. Manusia gila camera.


Olohlaaa =..='




#3 FUTSAL

Venue : Kompleks Belia dan Sukan


Weee :D


Bajet macam pro. Main pon tak dan 5 minit =='


Harapan bangsa dan negara :P










#4 TELUK CEMPEDAK OUTING


seronoknyeee la haaii.


*gaya kaki wehh. 




Mizah and me :)






#5 SPORTS DAY

Venue : Kolej ****


Spongebob !




Team kawad kaki :D


JP Julai Awesome !




#6 GOTONG-ROYONG MASJID CENDERAWASIH

Venue : Masjid Cenderawasih Kuantan


Hok paling rajin :D




Kalau dah nampak camera, basuh longkang pon boleh stop jap.


Aku ke ? Poyo. Poyo. Poyo ~




senyummmmm :)


Puas dah tengok ? Kalau nak ikutkan berlambak gambar. Tapi line pulak slow and atas sebab aku punya yakin cakap tadi nak update pendek jer kan. So, nih jer laa :P Tuh semua event yang lepas-lepas dah lapok punya cerita. Budak-budak nih lama dah dok update kat belog memasing. Aku jer haa baru terkial-kial. Gatal nak buat belog, tapi PEMALAS. *sekeh-sekeh kepala*


Anyway, sekarang nih aku tengah busy dengan trial OSCE. Esok ! Sengal kan aku, dok online lagi time nak-nak Osce :D Ouhya, buat masa nih, aku deactive twitter. Sebab busy yang amat, aku terrrrrpaksa. *sad face* And.........sebab patah hati kot...? HAHAHA. Takde laaa. Just kidding. Aku rasa better kot deactive sebab nanti aku tak laa asyik nak meroyan. Meroyan ? Tetttttt. 


Posting ! Yes, aku akan start kerja/posting selasa depan. Yang bestnya, sem kali nih posting kat Klinik Kesihatan. Boleh laa buat lawatan rumah antenatal/postnatal, lawatan sekolah jumpe adik-adik kecik temetot darjah 1/6, then kat klinik boleh main-main ngan baby. Gile aku sukaaaaaa sangat baby wehhh ! *mak dia pi main jauh-jauh.* Even nanti rasa macam penat sebab kerja office hour which is start dari pukul 8am-5pm, tapi takpeeeeeee. Rileks sikit kot dari posting kat ward. InsyaAllah :) Tapi, sedap-sedap pikir nak posting, busy ngan kerja lain tuh still ada. Ya Allah, stress jugak bila pikir. Nanti naik cuti sem, aku busy dengan Program Siswa Sihat pulak. Dah kenape aku terlibat ? Jangan tanya, sakit hati. *cebik muka* Dah laa nak dekat exam mase tuh ! Harap Allah permudahkan laa segala kerja aku nanti :'(


Tetapi, tetapi, tetapi ! Minggu depan aku start cuti mid sem :D *joget-joget* Baruuu jer hari tuh balik cuti, nih balik lagi seminggu. Oh heaven aku rasa~ Siap laaa. Balik rumah nanti aku nak tido puas-puas. Nak cakap kat mama masak lauk sedap-sedap. Lepas tuh nak suruh adik-adik buat kerja rumah semua ! Aku nak rehat....!----------------------jangan mimpi. Aku lah yang masak, kemas rumah bagai =..=  Tak kesah laa. Asal dapat balik. Tak herannnnnn pon. Ehhh, haa nih janji palsu dah nih. Kalau pakai mesin type hok lame tuh, dah nak habes dakwat aku rase. Bohlaaa menaipnye. Nak studyyyyyy :D Korang, doakan semoga aku dapat buat seeeemmuuuuaaa kerja aku dengan lancar okeyy ! Wish me luck for my trial OSCE. Jaga diri, kesihatan and makan minum taww. Have a great day guys :) *hug and kiss*




p/s : curi masa sikit nak update belog even time saaaanngggat pack. Lepas tuh dok meroyan pikiaq kerja tuh tak siap, kerja nih tak siap =.='




Okeyla. Sayang korang, assalamualaikum...!


December 29, 2012

Jika Aku Jatuh Hati :')








Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang 
yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah
kekuatanku untuk menyintaiMu


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hati aku padanya
agar tidak berpaling
daripada hatiMu


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid
di jalanMu


Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di 
sepertiga malam terakhirMu


Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu


Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu
Aminnn...











p/s : Kadang-kadang cemburu dengan orang lain. Tapi takpe. He will gives us with the awesome ones, InsyaAllah :)











Okeylah. Sayang korang, assalamualaikum...!

Copyright Reserved: simisimolek.blogspot.com