Total Patients In Ward

Daisypath cik Misi and blog Awesome

Daisypath Friendship tickers

February 10, 2012

' Fadhilat Jumaat '

Okey, sempena hari JUMAAT nih, aku nak kongsi cket ilmu ngan korang semua. Dari mane aku dapat ilmu yg sngat bergune nih ? A lot of thanks to my classmate, I mean one of my good fwens, Munirah yang bagi aku share ilmu nih dalam blog aku :) Banyak quotes n notes yg die shared kat FB die yg mane aku rase bez n bende tuh bergunela bile bace. Jadikn amalan oke !




• Antara pesanan Rasulullah;

-Melansungkan perkahwinan; kerana sabda baginda “Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan…”

• Antara pernikahan yang telah berlaku pada hari Jumaat;

i. Pernikahan antara Nabi Adam dan Siti Hawa.
ii. Pernikahan antara Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha.
iii. Pernikahan antara Nabi Musa dan Safrawa.
iv. Pernikahan antara Nabi Sulaiman dan Putri Balqis.
v. Pernikahan antara Nabi Muhammad dan Siti Khadijah.
vi. Pernikahan antara Nabi Muhammad dan Siti Aisyah.
vii. Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Fatimah.

• Amalan Malam Jumaat;

i. Membaca Surah Al-Kahfi.
ii. Membaca Surah Yasiin.
iii. Memperbanyakkan Zikir, Doa dan Salawat.
iv. Solat Sunat Malam Jumaat.
- Dilakukan di antara waktu maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam.
- Rakaat pertama selepas Al-Fatihah, 11 kali Surah Al-Ikhlas.
- Rakaat kedua selepas Al-Fatihah, 11 kali Surah Al-Ikhlas.
v. Berjimak.
vi. Qiamullail.

• Amalan Subuh Jumaat;

i. Berdoa Sebelum Solat Fardhu Subuh dengan beristighfar.
ii. Membaca Surah As-Sajadah.
iii. Membaca Surah Al-Insan.
iv. Memperbanyakkan berzikir kepada Allah s.w.t.
v. Salawat terhadap Rasulullah s.a.w.
vi. Memperbanyakkan doa.

• Amalan Siang Jumaat;

i. Solat Sunat Dhuha.
ii. Mandi sebelum pergi solat Jumaat.
iii. Memakai Wangi-wangian.
iv. Bersegera ke Jumaat.
v. Mengerat kuku dan mencukur misai.
vi. Doa ketika pergi ke masjid.
vii. Berjalan kaki dengan langkah yang tidak terburu-buru.

• Amalan setelah selesai solat jumaat;

i. Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.
ii. Membaca Surah Al-Falaq sebanyak 7 kali.
iii. Membaca Surah An-Nas sebanyak 7 kali.
“Sesiapa sesudah solat Jumaat membaca …, nescaya Allah a.w.j memeliharanya dari kejahatan sampai Jumaat mendatang. (HR Ibnu Sunni)

• Firman Allah, Surah Al-Jumuah, Ayat 9 hingga 11;

Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki....

* Allah telah menyediakan kita Hari Jumaat untuk kita raikan. Marilah kita sama-sama hidupkan Sayyidul Ayyam dengan berdoa, berzikir, bersalawat dan juga ibadat-ibadat umum yang lain. Wallahu A’laam..



Camne ? Ape kate kite same-same amalkan utk akan datang okey ^_^ ?

Okela. Sayang korang, assalamualaikum...!

1 comment:

  1. byk research hg wat untuk post nih noh..
    bgus2, keep it up;)

    ReplyDelete

Copyright Reserved: simisimolek.blogspot.com