Total Patients In Ward

Daisypath cik Misi and blog Awesome

Daisypath Friendship tickers

August 05, 2012

Bicara Hati.


Hye korang :) Oh lama dah rasanye tak update belog aku nih. Sibuk dengan benda tuh nih, jadi lupa nak pikir pasal belog. 2 bulan jugak aku tak post kan ? Hewww~ And sekarang, aku pulak yang kekok nak membebel dalam nih =..='  Agak-agak kalau tak memuaskan pembacaan korang, jangan ejek senyap-senyap kat depan lappy tuh erh. Aku nampak taww. HAHA.

Okey, kembali pada tajuk asal kita. *start nak touching dahhh* Well, banyak sangat benda yang dah berlaku sejak akhir-akhir nih dalam hidup aku since aku tak update belog. Aku pon tak tahu nak mulakan yang mana. Macam-macam rasa, dugaan and pengalaman yang aku dah tempuh. And yes, ia bukanlah something yang excited or best untuk dijadikan as kenangan. Tapi untuk pengalaman and pengajaran, ya.


Berkenaan dengan keputusan final exam sem 2 lepas. Tak nampak pon aku post pasal results die kan ? Maaf laa. Hati aku sentap sangat masa tuh. Entah laa. Aku rasa terkejut and down gila. Pernah tak korang jadi femes celup ? Yeaah, i mean femes tuh bukanlah kerana something that makes everyone proud or thumbs up untuk korang. But orang tercari-cari siapakah gerangan yang malang tuh ? Nih laa masa untuk aku ceritakan.

Pagi tuh ade assembly kat auditorium kolej. Suppose masa tuh results akan di umumkan kat papan cermin sebelah cafe. Tapi one of our pengajar decided nak umum dalam audi. So, it's okey since kitorang memang dah lama tunggu and dalam masa tuh juga jantung nih bagai nak rabak takut punye pasal. She start announce each semester punye results. Alhamdulillah, diorang 100% lulus. Tapi bila sampai ke sem 2, sem aku, aku jadi sentap. On that time, air mata nih langsung tak keluar. Aku...tak tahulah. Aku tak expect pon boleh jadi macam tuh. Dalam orang nak cari muka aku, aku terus keluar untuk jumpa pengajar kesayangan aku, Puan Rafidah. She cried with me. And that was the saddest thing for me. Aku tanya dia banyak kali betul ke tak. And she said yes...

Aku failed satu subject. Surgikal Nursing 1. Apa yang buat aku rasa sedih and terkejut sangat ? Bayangkan, ape yang korang rasa kalau nama korang disebut terang-terangan dalam audi sebab fail ! Yaah, bagi aku benda tuh memalukan and melampau laa juga. Perlu ke mention ? Ya Allah, sepanjang aku dekat kolej nih, alhamdulillah aku boleh lulus dalam exam sebelum nih. But nih 1st time, aku gagal. Untuk itu, aku kena repeat paper tuh and stay kat kolej lebih 4 hari dari orang lain. How I feel ? Bad ? Dissappointed ? Of course I am. Hati nih remuk, kecewa, putus asa, and macam-macam. Aku tak henti menangis kot. And paling tak best, aku and bestfriend aku ( fail paper yang same ) and ade lagi 5 orang yang failed kena duduk dalam library jer ! Semua orang masa tuh ada program kat audi. Dalam seminggu tahanan tuh library laa tempat kitorang. Aku jauhkan diri aku dari semua orang. Aku pergi makan time orang takde, duduk dalam bilik jer. Aku mula cakap benda yang negatif mengenai diri aku sendiri. Am I a loser till the end ? Am I the only one yang teruk kat kolej nih ? Aku rasa sangat rendah diri. Yelaa, aku tak dapat nak berikan yang terbaik untuk batch aku. Aku dah hancurkan impian kawan-kawan lain nak dapat lulus satu batch. Tapi, hikhmah untuk kes nih, aku nampak yang mana kaca, yang mana permata. Orang yang aku harap untuk datang beri sokongan langsung tak datang. Rasa sakit hati masa tuh takyah nak cakap. Terasa diri disisihkan. Selama nih aku orang yang selalu buat bising and aktif, dah tukar jadi pasif. Kalau selama nih aku punye muka akan selalu menebeng kat memane, tapi dah jadi orang gua dalam library. Everything changed kan ?


Tapi lama-lama aku rasa macam orang bodoh. Patut ke aku nak mengelak dari semua orang ? Aku rasa diri aku nih kerdil sangat dengan Allah. Aku kecewa dengan dugaan yang Dia beri pada aku. Seolah-olah aku tak dapat nak terima qada' qadar Dia. Bukankah aku patut mohon petunjuk dari Dia ? Bukankah aku patut bangun and teruskan usaha yang lebih baik lagi ? Ya Allah, baru aku tersedar. Come on Nadia, orang lain pon mungkin nasib lagi teruk dari kau kan ? Kenapa tak bersyukur ? Allah bagi aku dugaan berat tuh bermaksud Dia sayang aku. Aku berpeluang untuk merasa susah, kecewa, and jadi orang yang lebih tabah lagi selepas nih. Bayangkan, tahap kecewa and sedih masa tuh sampai aku rasa lagi teruk lagi dari rasa masa arwah Papa meninggal dulu. Astaghfirullah....


Sedar jer aku dari perasaan kecewa dalam hati nih, aku terus jadi semangat balik nak study. Masa tuh aku mula berani and tak rasa malu nak tegur orang lain. Aku nak bimbang ape ? Aku ada kawan-kawan aku yang setia kat sisi aku. Aku ada mama and papa yang sentiasa bagi sokongan kat aku. Aku ada Allah =) Hey, tak semestinya kejayaan yang kita pegang akan sentiasa ada dalam tangan laa. Bila-bila masa saja ia akan jatuh tak kira laa time kita tengah jalan ke, berlari ke. Kalau dah ditakdirkan kita akan merasa gagal satu hari nanti, kita kena tempuh juga. And untuk yang gagal, anda bukan laa selama-lamanya gagal kan ? InsyaAllah, jalan yang terbaik tuh akan sentiasa ada untuk kita. Sebagai hamba-Nya, jangan laa kita mengalah and putus asa untuk memohon doa dari-Nya ! Kejayaan hanya datang jika usaha dan doa ada. 

So, macam mana dengan result paper repeat tuh ? Alhamdulillah okeyy =') See ? Kan aku cakap. Allah bagi ganjaran yang baik untuk aku and kawan-kawan repeat yang lain. He knows the best for us laa. Even so, nasib baik pngk aku maintain pointer 3 and above. Fuhhh~ Oh, untuk kawan-kawan yang banyak bagi support, thanks sangat taw ! Sayang korang ketat-ketat =')



p/s : Usaha tangga kejayaan !


Okeyla. Sayang korang, assalamualaikum...!

13 comments:

  1. http://peaceder.blogspot.com/2012/08/peaceder-rekabentuk-konsep-untuk.html.. nice ur blog.. follow me yup

    ReplyDelete
  2. akak , dont be sad yaa . adik pon penah jugak femess gile kat sekolah sebab budak anti . siap buat group kat FB . bayangkan la cmne :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohye ?? how come syg ? xpe2, slalunye bile org mkin bnci kite, mkin tuhan bagi gnjaran yg baik utk kite.. yg pnting kite jgn blas balek ! biar tuhan yg tntukan..and, ade kwn2 len yg bg spport :)

      Delete
  3. Yes. U r right. Bila dah jadi sesuatu kat kita baru kita akan tahu siapa kawan yg betul2 boleh dipanggil sahabat. Yg ada time susah senang. Now u know kan. Gagal bkn selamanya. Yg penting kita berusaha. Try d best for next sem k =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu dear :') tu laa. mase tuh sedey sgt kott. tp alhamdulillah sye dpt balik kjyaan saye :')

      Delete
  4. Wa'alaikum salam Nadia yang baik hatinya.. :)
    met bertemu kembali di blogg..
    aku senang nadia kembali lagi. walau nadia lgi ada masalah, tetapi semoga masalah yang dihadapi nidia ada hikmahnya, untuk terus berjuang, semangat, tanpa berputus asa..
    aku yakin nadia pasti bisa melewati kehidupan yang sedang dijalani ini..
    ayoo kita semangat dan bersenyum.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sahabat :) insyaallah, sya akan trus bersmngat utk truskan hdup ! dugaan yg Allah bagi kat saya nih saya anggap sebagai satu titik permulaan kejayaan untuk sya ! aminn!

      Delete
  5. Huhuhu sadish story nie.. Wana mengerti rasa tu.. Tp kt kena semangat lah kan.. Anyway, cyaiyok2 k!!

    ReplyDelete
  6. posting yg memotivasi...
    btw, blog yang cantik, pasti adminnya juga cantik :)

    ReplyDelete
  7. Hidup ummpama roda..:) Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete

Copyright Reserved: simisimolek.blogspot.com