Total Patients In Ward

Daisypath cik Misi and blog Awesome

Daisypath Friendship tickers

December 20, 2012

Home 'SWEET' Home.



**entry kali ini agak panjang disebabkan ketidak kontrolan aku dalam membebel pasal adek-adek aku and yeah, keporak-perandaan rumah aku :D Do enjoy reading this guys !**


Introduce you my adek-adek :D


Ouh hey everyone :) *tiup-tiup sampah kat belog* Agak berhabuk belog Ohsem aku nih. Habes bersawang dah haa. Lah, konon time cuti sem nih nak update tuh nih. Mane ? mane ? takdee pon. Ehhh, jap ! Nak habaq kat korang yang aku sekarang tengah cuti semester akhir. Sambung cerita balek. Bajet macam cuti nih aku boleh laa nak jadi Queen kat rumah then arah my adek-adek do this, do that. *hoho, plan baekkk* TAPI hampeh. Budak-budak nih, aku ade kat rumah lagi die dok mengangkang ! Aku jadi maid tak berbayauu dah haa =..= Pantang nampak aku bukak lappy, haa hambek sorang-sorang mai nak maen game. Now, lappy aku full with games yang entah ape-ape and wow ! Satu folder games tuh 9GB  ! Hey, berukben aku pon tak sedasat macam tuh besau kapasiti die taww ! 


soryy gambar sedikit kekaburan :P


Aku rase lappy gegurl laen agak susah laa lappy die penuh ngan games macam lappy aku. Korang bayangkan, mama pon boley jadi gila game macam adek-adek aku. Papa pon. Haa senang cerita semua satu rumah aku gila game ! Boley pulak mama pagi-pagi lepas buat sarapan *aku? oh, masih dalam selimut~*  godek-godek aku suruh bangun sebab nak mintak password lappy aku-___- How come ? Pastuh, mula laa mama bukak game kesayangan dia then main sampai kadang-kadang berebut ngan adek aku yang paling kecik. Bila dah berebut, aku suruh tutup jer lappy. Senang cerita !  Agak-agak dah nak pukul 11 pagi, baru laa mama ajak masak :P Hadoiii~ Yang budak-budak nih pulak, siap boley set time masing-masing guna berapa lama, pukul berapa. "Jiha, kau main pukul 3 sampai pukul 6 taw. Pastuh nanti lepas kau, bagi dak adam sampai pukul 9." Then Jiha tanya si Eman main sampai pukul berapa and Eman jawab "Eman kaklong bagi sampai pukul 2." Korang agak-agak pukul 2 tuh pagi ke petang ? 2 PAGI kau tahu tak =..=' ?! And, dah bila pulak aku cakap macam tuh ?! Tapi takde maknanya sampai 2 pagi. Aku dok sedap membuta dalam bilik, diorang satu konco main game senyap-senyap kat ruang tamu. Aku bangun dalam pukul 6 setengah nak solat Subuh, tengok diorang tengah giat bertungkus lumus melancarkan operasi. Apa lagi, pecah alam ahh rumah aku dengan suara aku ! Dah tidur lambat, pandai pulak kau membuta sampai tengah hari ! *eh eh, penuh emosi dah aku ni haa* Pagi-pagi, turn mama lak main game. Haa, korang nampak permainan dia kat situ ~ *sigh*


Pasal games ape semua tuh aku takpe laa lagi. Bagi jer diorang main. Yelaa, kat rumah mane ada lappy or computer. Mama tak nak adek-adek aku leka nanti tak mengaji or buat kerja kat rumah. Lagipon rumah aku mana ada maid. Duduk rumah kampung, kau pernah dengau ke orang pasang maid ? Alah, mengade jer~ Cakap pasal housework nih, aku rasa sebulan duduk rumah boley kena darah tinggi aku ! Mane taknya, pagi-pagi aku dah terpekik membebel kat adek-adek aku. Mama pon tak berani nak cakap ape-ape kalau aku bebel. Sampai papa pon pernah cakap "Sekarang nih, kakak dah jadi sebahagian ketua rumah. Kakak kena belajau and tolong mama papa.." Ah haaa, hebat tak hebat tak ? Aku kan anak sulungggg. Umur pon dah boley pergi mengundi, and family yang sederhana, so aku kena tolong parents aku. Macam mana lagi boley aku bayar everything yang mama papa dah buat kat aku and adek-adek ye tak ? Buat masa sekarang masing-masing belum kerja so sebagai anak kena laa dengar cakap mereka and tolong apa yang patut. Kita semua sayang parents kita kan :) Haa pasal adek-adek aku, nak tak nak diorang kena dengau cakap aku. Sampai diorang panggil aku kakak SINGA=..=' Do I carewww ? HAHAHA. *gelak jahat seorang kakak yang kejam*


Oh aku tidak sekejam nih =.='


Please guys, sebelum nak cakap aku nih kejam, evil or kakak berhantu *wuuuu~* meh sini aku nak introduce kat korang maharaja-maharaja aku kat rumah. Rasa bila jadi kakak sulung pada 6 orang adek yang super duper 'cute' and 'tak nakal' memang sangat 'best'. Best sebab dari situ, aku belajar melontarkan suara dengan lantang yang lama-lama boley jadi semerdu suara Siti Nurhaliza. Aku boley belajar buat kuih karipap dengan lebih baik *karipap? Try kau cubit adek kau. Ape rasa ? Adek aku boley paham, korang mesti pahamkan. Heee* Okey dah. Nih adek aku yang paaaalliinngg 'rajin' --->
 

Tasya :)


Tasya atau name timangan dari kecik lagi iaitu Mak Enon. Banyak-banyak adek, dia paling selaluuu wat jiwa raga aku meroyan==' Dulu time kecik-kecik sumpah aku takut ngan dia ! Garang ! Kalau nak suruh buat kerja, jangan cakap banyak kali. Nanti ade kena bash ngan dia. Heee. Tapi dia comey ~ And now, adek aku paling 'hot' --->


Bella :)


Bella a.k.a si Bedah ! Hahaha ! Kenapa Bedah ? Tetttttt, maklumat dirahsiakan. Yang nih laa pantang aku bukak lappy, dia laa yang sebok nak tumpang kaki, tangan semua. Kerja dia menyapu jer kat rumah, pastuh membongkang ngan selimut kesayangan dia tuh=.=' Tapi dia comey sebab ada tahi lalat~  Next adek aku yang paling 'macho' --->


Eman :)


Eman si budak gila games ! Lappy aku nih makin jahanam sebab dia dok asyik main game. Counter strikes, PES, GTA, and entah ape-ape lagi semua tuh, berlambak dalam lappy aku. Kalau main senyap-senyap takpe gak. Nih kalau kalah, mula laa beremosi terlebih. Memekak jer nak marah game tuh. Pelik aku=.='  Tapi siyesly, dia pandai melukis and kelakar gila. Sampai sekarang macam nak pecah perut aku tengok dia buat video clips lagu Anak Kampung and video joget lagu Single Ladies ! Okey sekarang pulak adek
aku yang 'ayu' --->


Isya :)


Isya yang suka hisap ibu jari. Aku tak tahu laa macam mane sesat sorang adek aku yang suka hisap ibu jari nih. Dari kecik sampai besar memang tak lepas dengan ibu jari dia. Tapi dia sangat boley harap even kadang-kadang time suruh buat kerja, boley gegar lantai rumah dengan hentakan kaki dia -__- Pantang dengar aku panggl nama dia, mula laa penyek muka. Tak kesah laa, janji rajin~  Next, adek aku 
yang 'pendiam' ---->


Jiha :)


Jiha si Gembol. Tengok laa pipi die. Dah laa mate sepet==' Hahaha. Kalau dia tahu aku kutuk dia, memang bising satu rumah dengan suara dia ! Jiha nih kalau bukak mulut nak-nak time dia marah, memang sakit telinga kau dengar. Cita-cita impian ? Nak jadi penyanyi depan kipas then nyanyi lagu Shae-Sayang. Wow ! Superb kan ? Hahaha. Tapi dia kalau kita dah marah, dia tak berani lawan. Nanti mula laa mengebeh~ Okey yang last sekali adek aku paling 'classic' --->


Adam :)


Adam bukan laa name sebenar. Nama dia panjang lagi. Tapi entah. Lekat pulak nama tuh kat dia. Nih pun macam Eman, kaki game. Ade ke patut, aku baru balik cuti arituh sampai jer rumah 1st thing dia tanya bukannya kaklong sihat ke tak. Tapi "kaklong, bawak balek laptop ?" Hangin laa jugak. Tapi nak buat camne kan ? Last-last memang kena kekah gak lappy aku nih. Apepon, jangan ada siapa buat dia nanges, memang aku sekeh kepala lah. Adek bongsu katekan~


Aku ade team sokongan padu jugak. Team yang same-same bergabung dengan maharaja-maharaja di atas untuk mengacau-bilaukan lagi hidup aku kat rumah. 


Pira, Pika, and Nurul :)



Pretty long rite entry aku ? Hahaha. Padan muke korang bace banyak-banyak ! Siape yang masih bertahan, bagus teruskan usaha :D Okeyy laa. Walau macam mane pon perangai maharaja-maharaja aku nih, aku tetap saaaaaayyyaaanngg diorang seribu kali sayang :) Gileee tak sayang wehhhh ! Yeah, even kadang-kadang aku rase annoyed, takpe laaaa T____T *redha dalam pasrah. Ade ke ?*


Mama and Papa kesayangan :*


Okey now I wanna tell you guys, I'm not really a seayu senah gadis kampung okeyyy. I mean, aku bukan laa someone yang kalau duduk kat kerusi kaki akan lurus macam kayu. And aku bukan laa konon-konon gadis ayu yang senyum sipu-sipu bila cakap ngan orang. Bila evil dalam diri datang, segabak alam aku nak gelak, I surely do that. I did panjat kerusi or meja bagai tolong papa pasang lampu bilik and dapur sebab mentol terbakar. I did angkut ranting and dahan pokok rambutan yang papa tebang without any help then hantar jauuuuhh kat belakang rumah untuk dibakar. Bila nak raya, I did tolong papa cat rumah luar dalam sampai pukul 3 pagi *papa kata jimat duit nak upah orang cat* plus, terkial-kial panjat almari sebab nak tolong sangkut wayar TV or watever lah kat paku. Time petang-petang if rumput dah panjang, papa tukang mesin and aku nih haa yang tungkus-lumus ngan kais rumput yang gigi panjang banyak-banyak tuh *aku tak tahu ape kejadah name dia* sampai basah kuyup sebab hujan tiba-tiba turun T___T. Sedih w0ooo ! Ohya, yang aku tak boley blah, papa boley marah aku kalau aku tak dapat buat semua tuh ! Mama cakap aku nih anak JANTAN keluarga. LOL. Mintak dijauhkannnnn !!
Siapekah ? Nih I laaa ~ Sebok jap :P


Aku agak panas bontot sekarang sebab lameee duduk menaip dalam bilik nih~  Dah over lak aku type kan ? Alah, my blog anyway~ Nak habaq sikit naahhh. Utamakan keluarga ! Sebelum nak senangkan orang lain, senangkan family kita dulu okey ! Tunggang terbalik, kita dengan family kita jugak kan. Sayangi mereka sepenuh hati seperti anda menyayangi henpon, lappy, or watever gadjet mahal yang korang ade tuh yep :) And last from me, Aina Nadia, I loveeee my family damn so so much ! Moga Allah berkati keluarga kami :') Aminnnn....^^
p/s : sooorrryyyyy panjang sangat entryyy ! Saje nak type panjang-panjang biar korang penyek muka bace :P heee, gurau jer !





Okeyla. Sayang korang, assalamualaikum...!

5 comments:

  1. bestnya ramai geng... mcam saya prempuan tunggal.. xdak geng la..

    ReplyDelete
  2. Ahaha..AWESOME !..kitew rasew nk jupew askar2 tecik awop..boleyy ??

    ReplyDelete

Copyright Reserved: simisimolek.blogspot.com